Kuala Lumpur : Penyanyi, Iman Troye mendedahkan semua hasil pendapatannya sejak mula berkecimpung pada usia 16 tahun dalam bidang seni diuruskan oleh ibunya sehingga kini.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 24, berkata, dia juga lebih selesa menyerahkan segala urusan kewangan kepada ibunya sekali gus dapat mengawal perbelanjaan.
Katanya, dia hanya menerima wang belanja setiap bulan dari ibunya dan perlu menyesuaikan penggunaan mengikut jumlah diberikan.
"Emak saya yang simpan duit hasil pendapatan dan setiap bulan dia hanya akan bagi duit belanja. Setakat yang dia bagi itulah saya akan gunakan untuk tempoh sebulan.








