MUAR: Jurukimpal dipenjara enam tahun dan dikenakan dua sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol kenalan bawah umur di kawasan hutan, bulan lalu.
Tertuduh, Herwan Abdul Rani, 34, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama setahun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang juga pelajar Tingkatan Dua di kawasan hutan berhampiran Taman Kesang Bayu, Tangkak, antara jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi, 23 Oktober lalu.








