ALOR GAJAH: Kesinambungan pembangunan di kawasan Taboh Naning, khususnya membabitkan kemudahan pendidikan dan infrastruktur, perlu dipelihara serta diperkasakan bagi memastikan manfaatnya terus dinikmati penduduk setempat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata usaha itu penting bagi memastikan kemajuan hasil kepemimpinan terdahulu dapat diteruskan dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Katanya, pelbagai kemudahan tersedia di kawasan berkenaan hasil usaha pemimpin terdahulu yang perlu diteruskan kepemimpinan hari ini.

"Semua ini ada kerana diterajui pemimpin kita dahulu dan sekarang diwariskan kepada kami untuk meneruskannya.