Kuala Lumpur: Kejayaan pemain amatur Thailand, Marisa Tojai mencuri tumpuan dengan menamatkan saingan di tempat ketiga pada Kejohanan Golf Maybank LPGA 2026 seharusnya menjadi isyarat jelas bahawa pemain negara perlu bekerja lebih keras untuk merapatkan jurang persaingan di pentas antarabangsa.
Pada usia baru 17 tahun, Marisa membuktikan status sebagai pemain amatur bukan penghalang untuk bersaing dengan barisan profesional apabila mengumpul 19 di bawah par 269, hanya tiga pukulan di belakang juara bertahan dari Jepun, Miyu Yamashita.
Lebih menarik, pemain yang bermula sebagai peserta kelayakan itu mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas mencatatkan dua pusingan berturut-turut tujuh di bawah par 65 pada hari kedua dan ketiga sebelum memberikan tekanan kepada kelompok pendahulu pada aksi terakhir.









