​Kuala Lumpur: Pelantikan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang baharu perlu dilakukan berdasarkan merit, integriti dan pengalaman operasi selain disaran ditapis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abdul Karim berkata, pihaknya secara prinsip menghormati kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa pengganti Ketua Pengarah AKPS akan dilantik dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Namun, pelantikan itu perlu berasaskan merit, integriti, pengalaman operasi dan keupayaan melaksanakan reformasi institusi, bukan semata-mata kekananan pangkat atau kesesuaian pentadbiran.

​"AKPS adalah agensi strategik yang berdepan risiko penyeludupan, rasuah rentas sempadan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan pembabitan sindiket jenayah terancang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.