GEORGETOWN: Pemilik bangunan lama dan usang yang gagal memastikan keselamatan premis masing-masing boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk pendakwaan, selain diarahkan melakukan kerja pembaikan atau merobohkan bahagian bangunan yang didapati membahayakan orang ramai.
EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, H'ng Mooi Lye berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) boleh mengambil tindakan itu sekiranya bangunan berkenaan berada dalam keadaan berbahaya, mengalami kerosakan serius atau mengancam keselamatan menerusi Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Bagi bangunan yang berada dalam keadaan berbahaya atau hampir runtuh, MBPP juga boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 83 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, termasuk mengarahkan pemilik melaksanakan kerja pembaikan, merobohkan bahagian bangunan yang berbahaya atau mengambil langkah keselamatan yang diperlukan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F08%2F57707776d8a0b85913b7e42bc767a761.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
