KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd (CIMB) terus memperkasa pelanggan dengan menyediakan kemudahan perbankan harian serta transaksi luar negara yang lebih mudah dan lancar menerusi aplikasi CIMB OCTO (OCTO).
Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Haniz Nazlan, berkata pelanggan kini boleh membuat pembayaran DuitNow QR di premis perniagaan terpilih yang menerima Alipay+ di lima destinasi baharu iaitu China, Hong Kong, Korea Selatan, Filipina dan Laos.
Beliau berkata, ia juga adalah perluasan liputan pembayaran QR rentas sempadan OCTO yang sebelum ini tersedia di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Katanya, kemudahan itu memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan ketika melancong ke luar negara apabila mereka boleh membuat pembayaran menggunakan aplikasi yang sudah biasa digunakan dan dipercayai.









