KUALA KEDAH: Operator feri digalakkan menambah kekerapan jadual perjalanan ke Langkawi sebaik terminal baharu yang mampu menampung sehingga 3,000 penumpang siap September tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ketika ini kerja pembinaan Terminal Feri Kuala Kedah membabitkan kos RM245 juta mencapai lebih 50 peratus selepas ia dimulakan pada 2024.
Katanya, syarikat yang berminat menyediakan perkhidmatan feri ke Langkawi juga digalak membuat permohonan kepada Kementerian Pengangkutan kerana ia mampu menambah jumlah perjalanan feri.
"Bagaimanapun, penambahan trip bergantung pada operator dan kita galakkan operator tambah trip atau mana-mana operator baharu boleh sediakan perkhidmatan ini.









