KUALA LUMPUR: Kejadian tayar tercabut dan bergolek di laluan arah utara Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Tanjung Malim pada 31 Oktober lalu, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Video kejadian yang tular di media sosial memaparkan sebiji tayar bergolek di atas lebuh raya itu sebelum seorang penunggang motosikal dilihat menghampiri objek itu dalam usaha menghentikannya.
Seorang lagi pemandu kenderaan jenis Land Rover turut dilihat seolah-olah membantu menghentikan tayar terbabit.
Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan sebahagian mereka meluahkan kebimbangan terhadap risiko bahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F08%2F57707776d8a0b85913b7e42bc767a761.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
