KUALA LUMPUR: Kurang keyakinan dan iltizam menjadi antara punca Malaysia terus ketinggalan khususnya dalam usaha pengantarabangsaan dan mengangkat bahasa Melayu, peradaban serta karya tempatan.

Senario ini makin memburuk susulan kecenderungan sesetengah masyarakat yang terlalu mengagungkan budaya luar kerana menganggap ia lebih berkelas tinggi, moden selain fenomena 'fear of missing out' (FOMO), atau takut ketinggalan sehingga mengikis jati diri yang sepatutnya dipegang utuh.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UMT), Prof Madya Dr Kang Myoung Sook yang berasal dari Korea Selatan berkongsi pengalaman negaranya yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa, daripada karya sastera, pelancongan, industri drama dan filem sehingga kepada fenomena global K-pop, aliran muzik popular yang 'mendunia' sehingga ke peringkat global.