KOTA BHARU: Parti Wawasan Negara (WAWASAN) menyasarkan kemenangan di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Kesidang dan Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Naib Presidennya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata WAWASAN meletakkan calon di kedua-dua kerusi berkenaan termasuk Kesidang untuk mencabar dominasi lama DAP.

Beliau berkata, walaupun DAP berjaya mempertahan Kesidang untuk beberapa penggal, lebih 14,000 pengundi tidak keluar mengundi pada PRN lalu.

"Sebahagian besar tidak keluar mengundi ialah Melayu, jadi kali ini kita harap mereka keluar mengundi beramai-ramai bagi menolak DAP sebagai tanda ketidakpuasan hati terhadap kelemahan parti itu dalam mentadbir Putrajaya," katanya.