Kota Bharu: Kerajaan negeri memaklumkan bantuan baik pulih rumah kepada golongan miskin yang menetap di tanah rizab kerajaan tanpa kebenaran, tidak boleh dilakukan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ia kerana pembinaan rumah di atas tanah rizab di negeri itu bercanggah dengan undang-undang.

Menurutnya, tanah rizab negeri akan habis sekiranya penduduk dibenarkan membina rumah tanpa kebenaran.

"Sebenarnya, rumah yang dibina di atas tanah rizab kerajaan tanpa kebenaran itu sebenarnya salah.