Tanah rizab Kerajaan Negeri Kelantan akan habis sekiranya membenarkan penduduk membina rumah secara haram tanpa kebenaran.
Key takeaways
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud, amaran bahawa tanah rizab negeri akan habis jika pembinaan rumah haram tanpa kebenaran dibenarkan. Beliau menegaskan tindakan tersebut menyalahi undang-undang dan boleh menyebabkan huru-hara dalam pentadbiran negeri.
- Pembinaan rumah di tanah rizab tanpa kebenaran dianggap salah dari segi undang-undang.
- Kerajaan negeri akan mempertimbangkan permohonan pemilikan rumah di tanah kerajaan.
- Kawasan Gua Musang dan Jeli berpotensi membantu kerana masih mempunyai banyak tanah kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KOTA BHARU: Tanah rizab Kerajaan Negeri Kelantan akan habis sekiranya membenarkan penduduk membina rumah secara haram tanpa kebenaran.
Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, perkara itu salah disisi undang-undang dan sekiranya ia berlaku, pentadbiran negeri akan menjadi huru-hara.
“Sebenarnya, rumah yang dibina di atas tanah rizab kerajaan tanpa kebenaran itu sebenarnya salah dari segi undang-undang begitu. Selagi tidak ada pemilikan ataupun tidak ada kebenaran, kita tak boleh.
“Jadi kalau kita nak membantu orang yang melakukan kesalahan dari segi undang-undangnya memang tidak bolehlah. Jadi kalau Yang Berhormat nak bantu juga, itu pandai-pandailah, tetapi saya nak kata benda tu boleh, tak boleh. Nak kata boleh tu tak boleh,” katanya.