KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan membelanjakan RM26.91 juta bagi membantu keluarga miskin dan kurang berkemampuan menerusi program baik pulih kediaman, pembinaan Rumah Dhuafa serta Program Pembelaan Rakyat Miskin sepanjang 2024 dan 2025.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, sebanyak RM10.86 juta daripada jumlah itu dibelanjakan untuk membantu 1,034 keluarga miskin dan kurang berkemampuan mendapatkan kediaman lebih selamat serta selesa.

Katanya, bantuan berkenaan disalurkan menerusi kerja baik pulih rumah dan sumbangan bahan binaan di bawah Program Bantuan Rumah Dhuafa.

“Pada 2024, seramai 473 keluarga menerima bantuan membabitkan perbelanjaan RM5,044,139.90 manakala pada 2025, seramai 561 keluarga dibantu dengan perbelanjaan RM5,811,598.14.