Hyderabad: Seorang wanita berusia 25 tahun ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam lima kes pecah rumah membabitkan kehilangan barang kemas emas, wang tunai, telefon di Hyderabad, India.
Suspek dikenali sebagai Paga Jaya dipercayai mempelajari teknik memecah masuk rumah menerusi Internet secara rahsia tanpa pengetahuan suaminya.
Bagi mengelakkan identitinya dikesan, wanita itu turut memakai burqa ketika melakukan kegiatan berkenaan.
Polis merampas pelbagai barangan termasuk barang kemas emas dan perak, wang tunai serta telefon bimbit yang keseluruhannya dianggarkan bernilai kira-kira 70 lakh rupee (Kira-kira RM300,000).









