Hasil siasatan mendapati sindiket menyasarkan kediaman mewah ditinggalkan kosong untuk dirompak malah menggunakan senjata tajam bagi menakutkan mangsa sekiranya terdapat penghuni di situ, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun. (Gambar Facebook)KOTA KINABALU: Polis menumpaskan satu sindiket jenayah bersenjata dipercayai terbabit dalam 17 kes rompakan berkumpulan dan pecah rumah mewah, di beberapa daerah di Sabah melibatkan kerugian RM304,500.
Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata kejayaan itu hasil pelaksanaan Ops Casa dan Ops Pintu, susulan penubuhan pasukan petugas khas bulan lepas bagi menyiasat dua kes rompakan bersenjata yang berlaku di sini pada Ogos.
Katanya, enam lelaki berusia antara 30 hingga 43 tahun ditahan, manakala semakan mendapati mereka memiliki 75 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, dengan beberapa suspek lagi dipercayai terlibat dengan sindiket itu sedang diburu.




