KUALA LUMPUR – Perselisihan faham dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan perniagaan membawa kepada kejadian merusuh melibatkan sekumpulan individu di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, polis menahan sembilan individu termasuk dua suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian sebelum anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah Cheras serta beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (








