KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tidak mendiskriminasi mana-mana kawasan Parlimen dalam pemberian peruntukan pembangunan, termasuk kawasan diwakili pembangkang.Memberi contoh Terengganu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, peruntukan Persekutuan kepada negeri diterajui pembangkang itu berjumlah RM8.23 bilion berbanding RM6 bilion pada tahun 2022."Ini diskriminasi apa? Banyak yang disebut zalim. Zalim apa ini?"Satu kawasan yang 100 peratus sokongan pembangkang, kita tambah (peruntukan) RM2.2 bilion. Ini memang luar biasa zalim," katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pada Selasa.Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, penentuan peruntukan pembangunan dibuat berdasarkan keutamaan negara, keperluan rakyat setempat dan kemampuan kewangan kerajaan, selain mengambil kira input kementerian, jabatan, kerajaan negeri serta pejabat daerah.Ahli Parlimen Tambun itu berkata, peruntukan pembangunan untuk sesuatu kawasan Parlimen berbeza daripada dana yang disalurkan secara langsung kepada Ahli Parlimen kerana pelaksanaan projek tidak semestinya melalui wakil rakyat berkenaan."Apakah mesti projek itu melalui Ahli Parlimen? Tidak. Dalam kawasan parti-parti kerajaan pun, (peruntukan) tidak diberi kepada Ahli Parlimen."Ahli Parlimen mengesahkan projek itu. Dana untuk pembangunan tidak diberi kepada Ahli Parlimen," jelasnya.Dalam pada itu, Anwar menegaskan, kerajaan terbuka untuk melaksanakan mekanisme penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang menerusi persetujuan yang pernah dibincangkan sebelum ini.Malah ujarnya, beliau telah memberikan mandat kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mengadakan rundingan berhubung perkara itu dan bersedia melaksanakan persetujuan sekiranya dokumen berkaitan ditandatangani."Kita dah minta menemui TPM II, yang diberikan mandat untuk berbincang, ada tandatangan, saya luluskan. Saya kata kalau sign hari ini, esok pun diuruskan. Dah tak mahu sign, itu bukan masalah saya."Mengandaikan bahawa tidak ada kelulusan dan peruntukan, saya tidak setuju kerana peruntukan untuk rakyat telah disampaikan, itu semua diluluskan," katanya.
[VIDEO] Ini memang luar biasa zalim! - Anwar sangkal dakwaan kerajaan diskriminasi kawasan pembangkang
Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan diskriminasi peruntukan pembangunan terhadap kawasan pembangkang, dengan menyatakan bahawa alokasi dana ditentukan berdasarkan keperluan rakyat dan keutamaan negara, bukan sokongan politik.
- Peruntukan Persekutuan kepada Terengganu meningkat kepada RM8.23 bilion berbanding RM6 bilion pada tahun 2022.
- Anwar menegaskan dana pembangunan tidak disalurkan secara langsung kepada Ahli Parlimen untuk pelaksanaan projek.
- Keputusan peruntukan mengambil kira input kementerian, kerajaan negeri serta kemampuan kewangan kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Jangan lantik ulama ‘zalim’ Mesir jadi penasihat, Saifuddin beritahu Anwar
- Berita Harian Letih luar biasa isyarat penyakit
- Sinar Harian [VIDEO] Ini memang luar biasa zalim! - Anwar sangkal dakwaan kerajaan diskriminasi kawasan pembangkang (this story)








