Beaufort: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM2.3 juta tahun ini bagi memperkukuh usaha pencegahan dadah menerusi peluasan Program TEKAD Sektor Awam dan pemerkasaan SKUAD Antidadah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan terbabit diluluskan menerusi Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) 2026, selain pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah.
Katanya, pembangunan negeri bukan sahaja diukur berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan infrastruktur, malah turut bergantung kepada kesejahteraan keluarga, keselamatan komuniti serta masa depan generasi muda.
"Ancaman dadah tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan kehidupan individu, malah turut menggugat keharmonian keluarga, keselamatan masyarakat serta produktiviti negeri.








