KUALA LUMPUR: Beberapa kenderaan dilaporkan terkandas akibat banjir kilat di Jalan Pantai Baharu berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, di sini, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dan kenderaan utiliti dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang.
"Dua kenderaan yang terkandas akibat banjir, iaitu kereta Mini Cooper dan BMW dan seorang mangsa wanita tempatan terkandas di dalam kereta Mini Cooper.
"Anggota Bomba bertindak menyelamatkan mangsa dan membawa ke tempat selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.









