JPN Selangor berkata, ibu bapa atau penjaga yang bimbang mengenai tahap kesihatan anak-anak dibenarkan tidak hantar mereka ke sekolah tetapi perlu maklumkan kepada pihak sekolah. (Gambar Bernama)SHAH ALAM: Semua sekolah di Selangor akan beroperasi seperti biasa esok, menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
JPN Selangor turut meminta semua pihak supaya terus mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah susulan keadaan jerebu.
“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi mereka yang sensitif terhadap keadaan jerebu," katanya menerusi kenyataan.
“Pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga juga disarankan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara dan mematuhi arahan serta langkah berjaga-jaga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa."






