PEMENANG Hadiah Nobel Keamanan, Navi Pillay tidak gentar menyuarakan kritikan dan pendiriannya terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang didakwa mencampuri urusan badan kehakiman antarabangsa.
Dalam satu temu bual bersama AFP, bekas hakim berusia 85 tahun itu menyampaikan pesanan tegas kepada Trump susulan tindakan Washington mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
“Panggil penasihat undang-undang anda dan minta mereka menjelaskan apa itu undang-undang antarabangsa,” katanya ketika ditanya mengenai mesejnya kepada Presiden AS itu. Pillay menyifatkan sekatan berkenaan sebagai tindakan tidak sah, sambil menegaskan campur tangan terhadap sebuah mahkamah antarabangsa yang bebas tidak sepatutnya berlaku.








