MELAKA: Semangat penyatuan ummah antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terserlah apabila penyokong kedua-dua gabungan itu dilihat ‘sebumbung’, sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, hari ini.

Kehadiran penyokong BN dipercayai untuk memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad daripada Pas.

Meskipun mempunyai latar belakang politik berbeza, penyokong kedua-dua gabungan itu dilihat bersama-sama dalam suasana mesra sambil membawa bendera parti masing-masing.

Malah, sebahagian penyokong turut mengambil kesempatan bergambar bersama sambil menyanyikan lagu parti UMNO, Bersatu Bersedia Berkhidmat.