MELAKA: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azman Abidin akan berdepan saingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, kali ini.
Beliau dicabar calon Perikatan Nasional, Rafie Ahmad dan Abdul Rasyid Abu Bakar dari Parti Bersama Malaysia (Bersama).
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Safuan Effendy Mat Ghani selepas proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tadi.
Pada pilihan raya sebelum ini, kerusi berkenaan dimenangi Datuk Rais Yasin daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 629 undi.










