Petaling Jaya: Selepas gagal dalam proses rayuan dan permohonan pengampunan, Ahmad (bukan nama sebenar) sudah pasrah menanti hukuman gantung sebelum pindaan undang-undang membuka peluang untuk hukumannya disemak semula.

Bekas banduan akhir berusia 53 tahun itu berkata, dia tidak lagi menaruh harapan untuk membina kehidupan di luar penjara selepas semua usaha mencabar hukuman mati terhadapnya gagal.

Menurutnya, perubahan undang-undang berkaitan hukuman mati memberi sinar baharu apabila dia dimaklumkan mengenai peluang untuk mendapatkan semakan hukuman.

"Sebelum pindaan hukuman yang ada, saya sudah kalah di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan sekarang ini pengampunan. Setahu saya pengampunan saya dah ditolak.