KUALA LUMPUR: Sistem kecerdasan buatan (AI) yang diterapkan dalam mesin pengimbas di pintu masuk utama sempadan negara masih dalam peringkat pembelajaran berikutan kekurangan pangkalan data untuk mengenal pasti senarai barangan secara tepat.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata keupayaan sistem berkenaan masih perlu dipertingkatkan menerusi pengumpulan lebih banyak data sebelum dapat berfungsi dengan lebih berkesan.
Beliau berkata, perkara itu dikenal pasti ketika melakukan lawatan ke beberapa lokasi penempatan mesin pengimbas berkenaan, termasuk di kawasan kargo Malaysia Airlines (MAS) dan Pelabuhan Klang.
"Kita memang ada mesin pengimbas dan ciri-ciri AI sudah dimasukkan tetapi terus terang, AI itu masih di peringkat pembelajaran.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fexplainsikit1sde_125236.png&w=480&output=webp&q=85&we)
