PUTRAJAYA- Kepimpinan wanita dalam sektor pendidikan tinggi perlu berasaskan merit, kemampuan dan peluang yang adil yang mana ia bukan sekadar memenuhi kuota atau peratusan tertentu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ketika ini, sebanyak 46 peratus jawatan kepimpinan pelapis di universiti awam (UA) diisi wanita, namun angka itu masih sekitar 26 peratus di peringkat kepimpinan tertinggi.

“Wanita mempunyai kehebatan dan keupayaan tersendiri dalam memimpin. Saya percaya negara kita mempunyai ramai wanita yang berbakat, berilmu dan berpotensi besar untuk menggalas tanggungjawab kepimpinan yan