KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas buat kali pertama di pentas Liga Juara-Juara Elit (ACLE) musim ini selepas tunduk 0-2 kepada kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi.

Pada perlawanan ini menyaksikan Joao Figueiredo dan Jon Irazabal yang juga antara tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan hukuman penggantungan setahun oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut memperoleh minit permainan apabila dimasukkan sebagai pemain gantian.

JDT memulakan permainan dengan cukup positif apabila berjaya mencipta kira-kira enam percubaan, tiga daripadanya tepat namun ia masih gagal membuahkan hasil.

Bagaimanapun, minit ke-22 Jeonbuk Hyundai Motors yang terlebih dulu memperoleh jaringan pertama menerusi tandukan Bruno Mota selepas bijak menyambung hantaran Kim Jin-Gyu.