JAKARTA – Tindakan seorang guru sekolah di wilayah Jawa Barat merampas dan melupuskan pelbagai produk alat solek milik pelajar mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, lapor saluran berita Radar Kediri.
Kejadian di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 1 Pacet, Cianjur, baru-baru ini adalah sebahagian daripada langkah penguatkuasaan peraturan disiplin sekolah.
Menurut pihak pentadbiran sekolah, tindakan tegas melupuskan barangan hasil pemeriksaan mengejut itu dilakukan selepas berulang kali amaran dan peringatan diberikan, namun tidak diendahkan oleh pelajar.
Pihak sekolah berkata, tindakan itu bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai pengajaran agar murid sentiasa mematuhi peraturan dan memikul tanggungjawab terhadap perbuatan mereka.









