KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan kepimpinan wanita bukan sekadar soal memenuhi kuota atau angka peratusan, tetapi mesti berasaskan merit, kemampuan dan peluang yang adil.

Atas sebab itu, beliau berkata ruang perlu dibuka dan peluang wajar diberi kepada wanita untuk menyerlahkan kebolehan masing-masing.

"Wanita mempunyai kehebatan dan keupayaan tersendiri dalam memimpin. Saya percaya negara kita mempunyai ramai wanita yang berbakat, berilmu dan berpotensi besar untuk menggalas tanggungjawab kepimpinan yang lebih tinggi.

"Ketika ini, 46 peratus jawatan kepimpinan pelapis di universiti awam diisi wanita. Namun, di peringkat kepimpinan tertinggi, angkanya masih sekitar 26 peratus.