Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir (duduk tengah) bersama 44 peserta daripada 20 universiti awam yang menamatkan Program SheLeads 2026 di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam kepimpinan universiti awam tidak seharusnya sekadar bertujuan memenuhi kuota atau angka tertentu, kata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata peluang untuk wanita memegang jawatan kepimpinan perlu berasaskan merit, kemampuan serta akses yang adil bagi membolehkan mereka menyerlahkan potensi masing-masing.
“Wanita mempunyai kehebatan dan keupayaan tersendiri dalam memimpin. Saya percaya negara kita mempunyai ramai wanita yang berbakat, berilmu dan berpotensi besar untuk menggalas tanggungjawab kepimpinan yang lebih tinggi.








