YAN: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menghulurkan bantuan kewangan dan sokongan kebajikan kepada keluarga pelajar yang terbabit dalam tragedi kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan ibu bapanya.

Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK, Mohd Badrul Hisyam Muhamad Alias, berkata pihak universiti menyumbangkan wang tunai RM2,000 kepada Husna Syakirah Abd Halim, 23.

Beliau berkata, bantuan berkenaan sudah diserahkan kepada pihak berkaitan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

"UMK akan membantu apa sahaja diperlukan keluarga mangsa mengikut kemampuan, termasuk urusan berkaitan kebajikan dan keperluan mereka.