Pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk yang tular di media sosial susulan didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajar Tingkatan Tiga membuat laporan polis pada Ahad lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata lelaki berusia 56 tahun itu membuat laporan atas ketidakpuasan hati berhubung video tular yang memaparkan dia diserang oleh keluarga pelajar berkenaan.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian.
"Kita mendapati keluarga mangsa menyerang pengetua itu kerana didakwa membuat panggilan kepada pelajar berkenaan bagi meluahkan rasa cinta dan sayang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini.
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59_306243.jpg&w=900&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FKementerianKewangan1_190805.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FACPYusharifuddinbinMohdYusop1_293715.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F09%2F8256ef4ee39cd5650ffdea89700e184e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar12_295747.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4523423423423_570940.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F45234234_761459.png&w=480&output=webp&q=85&we)



