ALOR GAJAH: Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan bagi mengumpul sumbangan awam bagi membantu bekas Perdana Menteri itu masih belum mencukupi, namun sumbangan orang ramai terus mengalir dengan kutipan harian mencecah sehingga RM10,000.
Inisiatif pengumpulan dana terbabit dijalankan sebagai usaha membantu bekas Perdana Menteri itu melunaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sumbangan diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ada menyumbang serendah RM1, RM5 dan RM10.
Beliau berkata, perkembangan kutipan itu dipantau setiap jam oleh pegawai di ibu pejabat parti UMNO bagi mengetahui jumlah sumbangan yang diterima.









