Kuala Lumpur: Pelakon baharu, Iman Zulkarnain, 35, bersikap terbuka menerima apa sahaja kritikan atau kecaman daripada penonton di media sosial terhadap lakonannya dalam filem Bisikan.

Iman atau nama sebenar, Nur Iman Zulkarnain berkata, pengaruh besar media sosial ketika ini membuatkan dia menyedari keperluan untuk mental yang kuat dalam menghadapi semua kritikan dan kecaman.

"Saya faham dengan situasi media sosial sekarang yang sangat terbuka untuk semua orang meluahkan, kecam dan kritik. Saya juga tahu, sebagai pelakon memang tidak boleh hendak puaskan hati semua orang dengan hasil kerja dibuat.

"Mesti ada yang boleh terima dan sebaliknya. Apa pun, insya-Allah saya kuat untuk menerima apa sahaja komen, kritikan atau kecaman netizen terhadap lakonan saya dalam filem Bisikan ini.