Loke Siew Fook berkata sistem pembayaran terbuka membolehkan penggunaan kad debit, dompet digital dan kaedah pembayaran elektronik lain tanpa bergantung kepada satu platform sahaja. (Gambar Prasarana)KUALA LUMPUR: Pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang dijangka mempunyai lebih banyak pilihan pembayaran tanpa tunai apabila sistem pembayaran terbuka dilaksanakan sepenuhnya di seluruh rangkaian rel Prasarana Malaysia Bhd.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata sistem itu dijangka dilaksanakan sepenuhnya bagi perkhidmatan rel dalam tempoh 30 bulan selepas projek bermula.
Bagi perkhidmatan bas pula, sistem pembayaran terbuka dijangka dilaksanakan dalam tempoh 15 bulan selepas projek dimulakan.










