Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli bercakap kepada wartawan selepas selesai memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli selesai memberi keterangan di Bukit Aman kira-kira dua jam berhubung dua laporan polis berasingan.

Bekas menteri ekonomi itu berkata, beliau disiasat berkaitan ucapannya di Selayang pada 20 Okt lalu berhubung dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada Naib Presiden PKR R Ramanan dan isu mafia korporat, serta pemilikan saham bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki pada Mac lalu.

Jelasnya, kes berkaitan ucapannya dalam sebuah ceramah di Selayang itu disiasat mengikut Seksyen 500 dan 505 Kanun Keseksaan, manakala laporan berhubung isu saham Azam disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.