Ketua Pemuda PDP, Joshua Ting (dua kanan), ketika bersarapan pagi bersama naib presiden kanan PDP yang juga Adun Bawang Assan selama tujuh penggal, Wong Soon Koh (dua kiri). (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Satu pertemuan sambil bersarapan pagi semakin menghangatkan spekulasi bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meletakkan Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP), Joshua Ting, sebagai calon bagi kerusi DUN Bawang Assan yang menjadi rebutan.

Ting memuat naik gambar pertemuan itu pagi ini bersama Naib Presiden Kanan PDP, Wong Soon Koh, yang mewakili Bawang Assan selama 35 tahun.

Dalam hantaran di Facebook, Ting berkata mereka bertukar pandangan mengenai 'hala tuju seterusnya' serta 'memastikan kesinambungan khidmat dan sokongan' di Bawang Assan.