Mahkamah Rayuan Putrajaya berkata terdapat asas mencukupi mengetepikan perintah khidmat masyarakat dan ganti dengan suatu perintah setimpal.PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Putrajaya memerintahkan remaja melakukan sumbang mahram dengan anak saudaranya sehingga melahirkan anak ditahan di Sekolah Henry Gurney berkuat kuasa hari ini sehingga umur 21 tahun.
Panel tiga hakim terdiri Azman Abdullah, Hayatul Akmal Abdul Aziz, dan K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan perintah khidmat masyarakat selama 120 jam terhadap lelaki berusia 19 tahun itu oleh Mahkamah Tinggi Kangar, pada 2024.
Hayatul Akmal yang menyampaikan keputusan itu, berkata hukuman dikenakan sebelum ini tidak setimpal dengan keseriusan kesalahan dilakukan responden, dan mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf mengenakan hukuman, lapor Bernama.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAbdulHadiAwang1_317199.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)