Kota Bharu: Tanggungjawab Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak hanya tertumpu kepada bidang perundangan, sebaliknya merangkumi sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan generasi masa hadapan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar menegaskan, pendekatan itu dizahirkan melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan, termasuk program Kampung Angkat MADANI dan sekolah angkat MADANI, yang memberi manfaat terus kepada komuniti setempat.

Mohd Dusuki berkata, inisiatif itu diharap dapat memperkukuh akses kepada pembelajaran digital, menggalakkan kreativiti dan kemahiran komunikasi murid serta menyediakan persekitaran sekolah yang lebih selesa dan inklusif.

"Selain penambahbaikan prasarana, Jabatan Peguam Negara turut berhasrat berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan kesedaran undang-undang, disiplin, tanggungjawab dan nilai integriti bersama murid sekolah rendah.