Adun Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung, berkata walaupun Putrajaya belum sedia perkenal semula pilihan raya PBT, Pulau Pinang mesti memastikan perkara itu kekal dalam agenda reformasi nasional.GEORGE TOWN: Gooi Hsiao Leung (PH-Bukit Tengah) membangkitkan persoalan di DUN Pulau Pinang mengenai sampai bila negeri itu perlu menunggu mengembalikan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Gooi berkata, kerajaan negeri telah memaklumkan kepadanya dalam satu jawapan bertulis bahawa pemerintah kekal untuk menghidupkan semula pilihan raya tersebut.
Namun, katanya, kerajaan negeri belum mengemukakan cadangan pindaan undang-undang kepada Putrajaya atau merangka garis masa untuk mengadakan pilihan raya majlis tempatan secara projek rintis.









