Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan juga gerakkan beberapa langkah untuk permudah proses bayaran balik WTD kepada pemilik asal. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara merekodkan lebih RM14 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) sehingga 30 Sept lepas, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, kurangnya kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan orang awam mengenai kewujudan WTD serta hak membuat tuntutan adalah antara faktor utama menyumbang kepada jumlah WTD tersebut.
“Antara faktor lain (termasuk) kegagalan mengesan pemilik wang berikutan maklumat perhubungan seperti alamat dan nombor telefon yang tidak lagi tepat atau tidak dikemas kini serta kekurangan maklumat mengenai kewujudan WTD, khususnya apabila pemilik tidak menyedari terdapat wang yang masih terhutang kepada mereka oleh entiti atau syarikat,” katanya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpmo12_717307.png&w=480&output=webp&q=85&we)
