47 organisasi mengesyorkan lapan reformasi utama bagi memulihkan keyakinan awam dan antarabangsa terhadap kestabilan politik dan kebertanggungjawaban. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kumpulan terdiri daripada 47 organisasi masyarakat sivil menggesa kerajaan dan pembangkang memeterai suatu perjanjian merentas parti melibatkan semua 218 Ahli Parlimen bagi melengkapkan lapan reformasi utama dalam baki tempoh Parlimen sekarang.
Katanya, perjanjian itu bertujuan merintis jalan ke arah pengukuhan demokrasi berparlimen sebelum dan selepas PRU16, dan memulihkan keyakinan awam dan antarabangsa terhadap kestabilan politik dan kebertanggungjawaban.
Mereka mengesyorkan perjanjian itu memasukkan had tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada maksimum 10 tahun, dan pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpmo12_717307.png&w=480&output=webp&q=85&we)
