Lembaga Lebuhraya Malaysia juga nasihat orang ramai tidak buat sebarang pemindahan wang atau transaksi kewangan kepada mana-mana individu yang tidak dapat disahkan identitinyaPETALING JAYA: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan pihak tertentu yang menyalahgunakan nama dan logo agensi itu untuk tujuan penipuan.
LLM dalam satu kenyataan berkata, maklumat serta dokumentasi palsu yang dikesan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agensi berkenaan.
Katanya, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang kad, dokumen atau maklumat yang mengguna pakai logo LLM tanpa pengesahan kesahihan.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang pemindahan wang atau transaksi kewangan kepada mana-mana individu yang tidak dapat disahkan identitinya," kata kenyataan itu.









