Suhaimi Nasir (BN-Libaran) tegaskan matlamat utama penyasaran subsidi seperti BUDI95, adalah untuk pastikan bantuan disalurkan secara lebih adil, khususnya kepada golongan B40 dan M40.KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan diminta menyatakan jumlah sebenar subsidi BUDI95 dan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 yang dinikmati kelompok isi rumah berpendapatan tinggi bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar penyasaran subsidi kerajaan.

Suhaimi Nasir (BN-Libaran) berkata, maklumat itu penting bagi menilai sama ada peruntukan subsidi dan bantuan kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan atau turut memberi manfaat besar kepada kelompok berpendapatan tinggi.

Beliau mengambil maklum peruntukan lebih RM80 bilion bagi subsidi, bantuan dan insentif pada 2027, termasuk RM40 bilion untuk subsidi bahan api, namun mempersoalkan sama ada jumlah bantuan itu benar-benar sepadan dengan peningkatan kos kehidupan rakyat.