KEPALA BATAS: Anggota koperasi perlu menghayati semangat berkoperasi dengan menjadikan institusi itu sebagai platform bersama untuk membangunkan ekonomi, bukannya sekadar mendaftar sebagai anggota dan menunggu pulangan dividen setiap tahun.

Perkara itu perlu diberi perhatian kerana kejayaan sesebuah koperasi bukan hanya diukur berdasarkan peningkatan pendapatan dan keuntungan, tetapi turut bergantung kepada komitmen serta penglibatan aktif anggotanya dalam menjayakan aktiviti ekonomi koperasi.

Ketua Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Seberang Perai, Syahrul Aidil Mohamad Tajuddijn, berkata Koperasi Kariah Masjid Ar-Rahman Permatang Rambai SPU Berhad (KoArRahman) menunjukkan perkembangan positif apabila pendapatannya meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.