KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Renewables Sdn Bhd akan membangunkan projek solar fotovolta (PV) arus ulang-alik (AC) berkapasiti 500 megawatt (MWac) di Bahau, Negeri Sembilan.

Usaha itu dilaksanakan menerusi usaha sama (JV) dengan IOI Corporation Bhd dan CSP 500MW Sdn Bhd, sebuah konsortium yang merangkumi 12 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Projek itu akan dibangunkan di bawah Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) menerusi syarikat tujuan khas, Bahau Energy Ventures Sdn Bhd.

Di bawah syarikat JV itu, TNB Renewables akan memegang kepentingan sebanyak 70 peratus manakala anak syarikat milik penuh IOI Corp, Luminous Aspect Sdn Bhd, memegang 20 peratus dan baki lima peratus pula dipegang oleh Konsortium PKS.