JOHOR BAHRU: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan pembiayaan berjumlah RM101.43 juta kepada 186 perusahaan Bumiputera di Johor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Junady Nawawi.
Pembiayaan berkenaan disalurkan menerusi program Dana Pengembangan dan Katalis Bumiputera (BECF) serta Pembiayaan Projek dan Modal Kerja Islam (i-WCPF) bagi tempoh 1 Disember 2024 hingga 16 Oktober 2026.
Menurut beliau, daripada jumlah pembiayaan itu, sebanyak RM69 juta diluluskan kepada 42 perusahaan Bumiputera menerusi BECF manakala RM32.4 juta lagi kepada 144 perusahaan melalui i-WCPF.
Jelasnya, pembiayaan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha TERAJU memperkukuh keupayaan syarikat Bumiputera supaya lebih bersedia menyertai peluang perniagaan dan rantaian bekalan industri, khususnya menerusi pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).






