KUALA LUMPUR: ES Sunlogy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Savelite Engineering Sdn Bhd (Savelite), meraih dua surat anugerah (LoA) daripada Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd untuk kontrak kerja-kerja kecil bernilai RM25.07 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perkhidmatan kejuruteraan itu memaklumkan Savelite memperoleh kontrak untuk pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan kerja elektrik dan voltan rendah tambahan (ELV) bagi pembinaan pangsapuri perkhidmatan 52 tingkat di Pulau Andaman, Pulau Pinang.

"Kontrak bernilai RM19.87 juta bermula pada 1 Julai, 2026 dan dijadualkan siap pada 31 Disember 2029, tertakluk kepada lanjutan masa mengikut peruntukan dalam LoA," menurutnya.