Kuala Lumpur: Generasi muda berpeluang mencungkil bakat dan memperkasa kreativiti dalam bidang perfileman menerusi Festival Filem Video Pelajar Malaysia Kali Ke-14 (FFVPM14).

Selain itu, mereka juga berpeluang memenangi Hadiah Keseluruhan (Best of the Best) yang bakal membawa pulang Geran Penerbitan Filem Pendek bernilai RM50,000 di bawah Dana Pemangkin Generasi MADANI.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, selain geran, hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 serta trofi turut disediakan menerusi 22 kategori anugerah yang dipertandingkan.

"Kesemua ini disediakan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama FINAS di bawah Program Belia Kreatif Komuniti MADANI.